Neelofa Sudah Lali Gosip Sering Dikaitkan Dengan Selebriti Lelaki
Pengacara popular, Neelofa menyatakan bahawa dirinya kini sudah lali terhadap gosip yang mengaitkannya dengan beberapa selebriti termasuk yang terbaharu pendakwah bebas yang juga pelakon PU Riz.
Neelofa berkata, dia menganggap segala gosip yang timbul itu sebagai asam garam seorang selebriti yang sudah lebih sedekad dalam dunia hiburan.
“Minggu ini sahaja sudah beberapa nama selebriti dikaitkan dengan saya, misalnya seperti dikatakan sudah bertunang dengan Zizan, hubungan dengan dengan Hans Isaac termasuklah dengan PU Riz sebelum ini. Saya sudah terbiasa dengan gosip sebegini apabila orang cuba ‘kenen-kenenkan’ dan ‘satukan’ saya dengan sesiapa sahaja.
“Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dialami. Saya sudah lebih 10 tahun dalam industri seni ini dan sudah tempoh banyak gosip dengan ramai individu,” jelasnya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Ibadah Korban Pertubuhan Kasih Neelofa Bersama RichWorks International.
Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa menjalinkan kerjasama dengan RichWorks International untuk sumbangan ibadah korban sebanyak 151 ekor lembu yang akan diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin.
> Baca: Hasil 10 Tahun Menyimpan, Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat
Dalam pada itu, mengulas menegenai PU Riz, Neelofa menjelaskan dia sudah mengenali peserta Pencetus Ummah itu sejak hampir tiga tahun setelah beberapa kerjasama yang dilakukan bersama sebelum ini.
“Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ditubuhkan sejak bulan Jun lalu, saya melantik PU Riz sebagai wajah dan jurucakap. Selain dia, ada juga seorang ustaz dan ustazah yang bersama dengan saya. Bagaimanapun, peranan PU Riz lebih kepada berurusan dengan media dan menerangkan mengenai setiap aktiviti yang dijalankan.
“Jika melihat kepada kebanyakan pertubuhan lain pun, ada ramai ustaz serta pendakwah bebas yang menjadi jurucakap. Jadi, saya okey saja kalau orang melihat dia lebih ke depan,” katanya.
Terdahulu hubungan Neelofa dan PU Riz dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu, apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat terawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa sekali gus digosipkan sedang menjalin hubungan istimewa. – KopiPlanet.com
The post Neelofa Sudah Lali Gosip Sering Dikaitkan Dengan Selebriti Lelaki appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: