Ads Top

Nabil Tak Lokek Bantu Rakan Sekampung Yang Menganggur Lepas PKP

Pelakon, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad tidak lokek menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan sekampungnya yang pendapatan mereka terjejas teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut selebriti berusia 37 tahun ini, hampir setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.

“Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur.

“Ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal daripada kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan,” ujarnya kepada KopiPlanet.com.

Nabil ditemui pada majlis pelancaran produk wangian kereta, Sugar Bomb X Nabil yang berlangsung di Ruang, Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Nabil, walaupun hampir 20 kerjanya terpaksa dibatalkan yang melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit, namun bapa kepada tiga cahaya mata itu bersyukur apabila dia akan kembali sibuk sepanjang bulan Oktober hingga Mac tahun hadapan selaku hos program.

“Sebelum ini, lebih 20 kerja saya yang dijadualkan sepanjang Mac hingga Disember ini terpaksa dibatalkan, namun Alhamdulillah, saya dah kembali sibuk bermula bulan Oktober ini hingga Mac tahun depan.

“Setakat ini, saya bersyukur masih ada pekerjaan. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rentak semula,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

The post Nabil Tak Lokek Bantu Rakan Sekampung Yang Menganggur Lepas PKP appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.