KPM Sedang Teliti Kes Pelajar Sekolah Positif COVID-19, Mungkin Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat- Ismail Sabri
Putrajaya, 30 Julai – Kementerian Pendidikan kini meneliti secara terperinci susulan laporan kes positif COVID-19 melibatkan pelajar sekolah rendah di Sabah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pendidikan sedang memperinci perkara tersebut sama ada
“Saya difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang meneliti secara terperinci perkara ini dan mempertimbangkan keputusan mereka.
“Mungkin Kementerian Pendidikan akan mengumumkan sama ada untuk tidak membenarkan atau membenarkan lagi pelajar tahun yang rendah atau hanya membenarkan pelajar yang mengambil peperiksaan (ke sekolah).
“Saya percaya perkara ini sedang dipertimbangkan dan Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan dalam waktu terdekat,” katanya.
Sidang media perkembangan terkini PKPP
[LANGSUNG] Sidang media perkembangan terkini PKPP | 30 Julai 2020Posted by Bernama TV on Wednesday, July 29, 2020
Sumber: Bernama TV
The post KPM Sedang Teliti Kes Pelajar Sekolah Positif COVID-19, Mungkin Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.
No comments: