Bimbang Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Anggota DBKL Gigih Alihkan Batu Besar Di Atas Jalan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi laman Facebook hari ini berkongsikan rakaman beberapa anggota warden trafik DBKL membantu mengalihkan batu besar yang menghalang di tengah-tengah jalan di Jalan Mahameru menghala ke Bangsar lewat petang semalam.
“Serpihan batu besar tersebut disebabkan kemalangan jalan raya dan dikhuatiri boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut”, menerusi kenyataan tersebut.
JALAN MAHAMERU, 22 Julai 2020 – Beberapa anggota warden trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu mengalihkan batu besar yang menghalang di tengah jalan di Jalan Mahameru, menghala ke Bangsar lewat petang semalam.Serpihan batu besar tersebut adalah disebabkan kemalangan jalan raya dan dikhuatiri boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.#SayangiKualaLumpur#welovekualalumpur#kualalumpurkitapunya#klwbc2020#wilayahcakna#KawalanKendiri
Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Tuesday, 21 July 2020
Rakaman tersebut bagaimanapun telah mendapat reaksi positif dan juga pujian daripada warganet.
Sumber: DBKL
The post Bimbang Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Anggota DBKL Gigih Alihkan Batu Besar Di Atas Jalan appeared first on Siakap Keli.
No comments: