Ads Top

Dikecam Tak Pandai Baca Niat Puasa, Andi Enggan Dipijak Kepala

Baru-baru ini nama penyanyi lagu Donde, Andi Bernadee dikecam netizen gara-gara dia dikatakan tidak tahu membaca niat puasa.

Menurut Andi atau nama sebenar, Andi Azrul Andi Mapangile dia memohon maaf sekiranya apa yang dilakukannya sebelum ini telah menyinggung perasaan mana-mana pihak namun dia sama sekali tidak menyangka media terbabit tetap menyiarkan video berkenaan menerusi media sosial mereka.

“Saya minta maaf tapi apa yang boleh saya cakap artis dan media macam rakan. Kita saling memerlukan, kalau media ada, tapi artis tiada, macam mana dia nak buat story (artikel) dan saya faham benda itu daripada pihak dia (media), saya minta maaf sangat-sangat.

“Saya dah awal-awal pesan kepada meraka, jangan siarkan video itu sebab nanti saya yang akan kena kecam. Apa yang kita dapat dengan menjatuhkan orang lain. saya dah berumur 28 tahun, bukannya 18 tahun, saya berjuang untuk masuk dalam industri, janganlah pijak kepala saya,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada acara berbuka puasa anjuran Warner Music Malaysia yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu turut mengakui dia masih lagi belajar tentang agama dan bukannya manusia sempurna yang cukup serba-serbi ilmu dalam bidang keagamaan.

“Saya dah lali dengan kutukan dan bagi saya selagi kita tak mainkan isu bangsa dan agama, saya ok sahaja. Ketika mereka tanya saya tentang niat puasa itu pun ia dirakam bukan pada bulan Ramadan, sudah tentu fikiran saya pun ‘jam’ pada ketika itu.

“Saya mengaku bab-bab agama ini memang saya agak kurang, tapi saya juga manusia biasa yang masih lagi belajar untuk memperbaiki diri,”

Andi mengatakan dia belajar daripada kesilapannya itu dan berharap semua pihak yang berada dalam industri ini dapat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Andi Bernadee

No comments:

Powered by Blogger.