(Video) Mungkin Berasa Panas, Gelagat Anjing Alih Kipas Menghala Ke Sangkar Tarik Perhatian Ramai
Selain kucing, anjing juga mempunyai telatah yang tersendiri dan mencuit hati. Mana tidaknya, haiwan-haiwan peliharaan ini sentiasa melakukan sesuatu perkara secara spontan.
Dalam satu video yang dikongsikan dilaman Twitter tombkeeper, menunjukkan seekor anjing telah menggerakkan kipas yang berada di atas meja untuk menghala ke kandangnya kerana mungkin berasa panas. Tindakan spontan anjing itu telah mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Telatah anjing berkenaan tidak ubah seperti tindakan seorang manusia.
Can't believe this is a dog😂 pic.twitter.com/FZRiX6lEUh
— Yang Yu (@tombkeeper) June 26, 2020
Video ini telah mendapat sebanyak 169.6k ulang kicau dan 316.1k disukai.
Sumber: Twitter
The post (Video) Mungkin Berasa Panas, Gelagat Anjing Alih Kipas Menghala Ke Sangkar Tarik Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: