(Video) “Garang Betul,” Rakaman Lembu ‘Hambat’ Kereta Buat Netizen Berdekah
Bagi yang tinggal di kampung, pasti ada sesetengah dari anda yang pernah mengalami dikejar oleh haiwan yang garang seperti lembu dan angsa.
Walaupun sememangnya ‘menakutkan’ namun ia juga memori yang sangat mencuit hati jika dikenang pada masa akan datang.
Sama dengan situasi yang dialami oleh beberapa individu ini yang berhadapan dengan sekawan lembu di tengah jalan.
Pun begitu, menerusi video yang dikongsikan oleh Info Roadblock JPJ/POLIS di Facebook, salah seekor lembu dilihat mengejar mereka.
Garang betul 🐂 ni😅
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, June 26, 2020
Kejadian yang tidak dapat dipastikan berlaku di mana itu mencuit hati warganet dan rata-rata dari mereka juga terhibur dengan gelak tawa individu yang merakam video tersebut.



Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
The post (Video) “Garang Betul,” Rakaman Lembu ‘Hambat’ Kereta Buat Netizen Berdekah appeared first on Siakap Keli.
No comments: