Ads Top

Perak Benarkan Solat Aidiladha Di Masjid Mengikut SOP

Perak membenarkan pelaksanaan Solat Aidiladha secara berjemaah di semua surau dan masjid di negeri itu pada 31 Julai 2020 hadapan. Bilangan jemaah yang dibenarkan adalah mengikut had kapasiti keluasan sebenar ruang solat dengan mengambil kira langkah keselamatan seperti penjarakan sosial satu meter antara jemaah.

Selain itu, ruang solat muslimah juga dibuka kepada para wanita. Walau bagaimanapun kehadiran ke Solat Aidilfitri dan juga solat Jumaat ini dibuka buat warganegara terlebih dahulu. Identiti jemaah yang hadir untuk bersolat perlu disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat.

Untuk ibadah korban pula, hanya yang dianjurkan oleh pihak masjid dan surau sahaja yang dibenar untuk dilaksanakan. Ia mestilah berdasarkan permohonan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Manakala lokasi pelaksanaan ibadah korban juga hanya boleh dilaksanakan terhad di kawasan halaman masjid dan surau. Jabatan Agama Islam Negeri Perak akan mengeluarkan garis panduan pelaksanaan solat sunat Aidiladha dan aktiviti ibadah korban kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid dan surau di negeri Perak.




No comments:

Powered by Blogger.