Ads Top

Ibadah Korban Di Masjid, Surau Dan Lokasi Yang Dibenarkan Sahaja

Kerajaan hari ini mengumumkan kebenaran melaksanakan ibadah korban yang akan disambut pada Julai ini.

Ia dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, antaranya:

#1 – Diadakan di masjid, surau dan kawasan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama.

#2 – Selain itu, ia dibenarkan juga dilakukan di 28 rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan 31 rumah sembelihan ruminan swasta yang dilesenkan oleh JPV.

#3 – Digalakkan dilakukan di pusat sembelihan bagi memudahkan penjarakan sosial dijalankan. Dengan itu, daging hanya perlu diedarkan kepada penerima.

#4 – Penganjur perlu memastikan bilangan korban yang dilakukan bersesuaian dengan kapasiti petugas yang dilantik. Selain itu, penganjur perlu melaporkan aktiviti ibadah korban kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat.

#5 – Petugas juga perlu mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera. Penjarakan sosial perlu dijaga dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter. Pelitup muka serta sarung tangan juga perlu dipakai.

#6 – Pengurusan kapasiti petugas dihadkan tidak melebihi 30 orang bagi seekor lembu.

#7 – Kehadiran petugas dan jemaah hendaklah mereka yang bebas daripada gejala dan penyakit kronik. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.

#8 – Proses melapah dan keratan pembahagian daging pula perlu dilakukan di tempat yang lapang.

#9 – Proses sembelihan juga digalakkan menggunakan peralatan dan sistem moden.

Tambah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob lagi, kebenaran itu adalah tertakluk kepada Wilayah Persekutuan sahaja. Manakala, untuk negeri lain adalah tertakluk kepada kebenaran pihak Jabatan Agama Negeri masing-masing.

SOP lengkap telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh digunakan sebagai rujukan oleh negeri-negeri yang membenarkan ibadah korban ini.

Sumber:
Majlis Keselamatan Negara




No comments:

Powered by Blogger.