Aplikasi Mobile Jejak Asnaf Mudahkan Orang Awam Membuat Aduan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan sistem aplikasi yang dikenali sebagai Mobile Jejak Asnaf (MoJa).
Ia bertujuan untuk memudahkan orang awam bagi menjejaki asnaf dan melaporkannya kepada skuad mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri pengesanan lokasi GPS bagi memudahkan skuad asnaf mengesan dan turun padang ke lokasi yang dilaporkan.
Selain itu, pelapor juga boleh memuat naik gambar sebagai rujukan oleh Skuad Jejak Asnaf sendiri.
Aduan yang diambil tindakan boleh diketahui oleh pelapor sendiri dengan menyemak bahagian status aduan terkini.
Ia merupakan salah satu usaha yang diambil untuk mengesan potensi asnaf dalam kalangan masyarakan Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Anda boleh muat turun aplikasi ini menerusi Google Play Store melalui pautan tertera – MoJa.
No comments: