TERKINI: Seramai 87 Pesakit Sembuh Dan Dibenarkan Keluar Wad Hari Ini
Sebanyak 87 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 3 Mei 2020.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 4413 orang atau 70% daripada jumlah keseluruhan.
#COVID19 Terkini 3 Mei 2020.
Kes sembuh terbaharu 87 menjadikan 4,413 telah sembuh atau 70% daripada keseluruhan kes di Malaysia.
Terima kasih dan tahniah. pic.twitter.com/hjwd2Cdi1J
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 3, 2020
Sumber: Sidang Media KKM
The post TERKINI: Seramai 87 Pesakit Sembuh Dan Dibenarkan Keluar Wad Hari Ini appeared first on Siakap Keli.
No comments: