Elly Mazlein Mahu Peminat Hati-Hati Akaun Instagram Palsu Guna Namanya
Penyanyi dan pengacara Elly Mazlein meminta peminat berhati-hati dengan beberapa akaun Instagram palsu yang telah menggunakan namanya.
Menurut Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, setakat ini terdapat dua nama sahaja yang digunakan untuk akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat kesayangan tercintahhh… Ramai DM kakak Lina tanya pasal kewudujan FAKE ACC IG GUNA NAMA KAKAK LINA POM POM KONON2 BACK UP ACC…
“Perhatian semua… saya hanya ada IG @iamellymazlein & @ellymazlein_official sahaja,” ujarnya menerusi penjelasan yang dibuat di Instagram miliknya.
Elly turut mengingatkan peminat bahawa akaun yang menggunakan nama @kakak lina pom pom dan @kakak lina adalah merupakan akaun palsu. – KopiPlanet.com
The post Elly Mazlein Mahu Peminat Hati-Hati Akaun Instagram Palsu Guna Namanya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: