#9 – Puasa Tapi Tak Solat vs Solat Tapi Tak Puasa
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu pengunjung Tzkrh semua!
Antara persoalan yang akan kerap ditanya pada bulan Ramadan ialah tentang isu berpuasa tetapi tidak solat.
Malah ada yang mengeluarkan kata-kata bernada sinis memerli golongan yang berpuasa tetapi tidak solat.
“Kalau tak solat, baik tak payah puasa!”
Niat kami bukanlah untuk menfokuskan kepada hukum bagi video kali ini, tetapi ingin mengajak kalian untuk berfikir sejenak dan cuba memahami bahawa isu solat dan puasa adalah ibadah yang berbeza. Perbandingan yang dilakukan juga adalah tidak seimbang.
Sememangnya ada pendapat daripada para alim ulama jika seseorang itu meninggalkan solat ketika berpuasa, puasanya itu tidak batal tetapi menjadi tidak bermanfaat buat dirinya.
Namun di sebalik hal ini, bukankah lebih baik jika kita menggalakkan lagi golongan ini untuk lebih rajin melakukan ibadah berbanding bersangka-sangka, menilai dan menghukum amalan mereka. Awas, takut-takut niat kita sebenarnya sudah menyimpang dan terjatuh dalam perangkap riak dan merasa diri lebih baik daripada orang lain.
Akhirnya, yang perlu kita lebihkan sebenarnya adalah usaha kita dalam menilai dan memperelok ibadah kita sendiri. Wallahua’lam.
No comments: