Ads Top

(Video) Wanita Cemas ‘Alligator’ Sesat Di Jalan Raya Bergerak Menghala Ke Arahnya

Menakutkan, itu yang dapat dilihat dalam sebuah video yang menyaksikan detik-detik seekor buaya ‘berjalan-jalan’ di sebuah jalan raya di Florida dan menuju ke arah seorang pemandu di situ.

Perakam video itu, Francis E.Scott-Marr sedang memandu untuk ke rumah rakannya sebelum dia melihat kehadiran reptilia itu.

Menurutnya, dia menyedari haiwan itu bergerak di sekitar persimpangan Seffner, jalan MLK Boulevard dan Williams Road.

Melalui rakaman itu, buaya itu dilihat sedang menuju ke arahnya sementara kenderaan-kenderaan yang lain juga turut ‘kaku’ berhenti di situ.

Scott kedengaran menjerit dan anjingnya peliharaanya juga tidak berhenti menyalak.

“Tuhan kasihanilah, lihatlah betapa besarnya! Ia menuju ke arah saya,” jeritnya.

Pun begitu, dia bernasib baik kerana buaya itu dilihat seakan menukar fikiran dan menuju ke arah yang lain.

Scott memberitahu Fox6 News bahawa mungkin buaya itu mengubah haluan kerana anjingnya yang menyalak tanpa henti. Tambahnya, buaya itu berjaya melintasi persimpangan itu.

Florida sememangnya terkenal dengan populasi buaya yang dianggarkan sejuamlah 1.2 juta hidup di negeri itu. Mereka boleh membesar sehingga 13 kaki dan beratnya sehingga 800 paun.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Wanita Cemas ‘Alligator’ Sesat Di Jalan Raya Bergerak Menghala Ke Arahnya appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.