Bekerja Dari Rumah, Norma Baharu Yang Mesti Kita Amalkan – PM
![](https://i1.wp.com/sgp1.digitaloceanspaces.com/sk-bucket/2020/05/01112933/siakap-keli-thumbnail-2020-05-01T112926.454.jpg?fit=128%2C67&ssl=1)
Majikan dinasihatkan untuk mengamalkan norma baharu iaitu menggalakkan pekerja untuk bekerja dari rumah walaupun semua sektor ekonomi telah dibuka bermula 4 Mei ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, majikan boleh melaksanakan perbincangan bersama pekerja untuk melaksanakan tugasan mereka di rumah.
”Malah, walaupun semua sektor ekonomi dibuka, majikan boleh galakkan pekerja untuk bekerja dari rumah.
”Ini norma baharu yang kita mesti amalkan. Bincang dengan pekerja. Mana-mana tugas yang boleh dibuat di rumah, buat di rumah. Ini lebih baik,” kata beliau.
Tambah Muhyiddin, sekiranya tidak, majikan mungkin boleh menyusun jadual harian pekerja untuk membolehkan mereka bekerja secara selang seli di rumah dan di pejabat.
Malah, majikan juga mesti memeriksa suhu badan pekerja setiap hari bai mencegah jangkitan Covid-19.
”Mungkin boleh susun jadual hari bekerja secara selang seli. Hari ini masuk pejabat, esok bekerja dari rumah.
Di tempat kerja, majikan mesti periksa suhu badan pekerja setiap hari. Kalau suhu badan tinggi, nasihatkan pekerja supaya balik atau pergi ke klinik dengan segera,” kata beliau.
Selain itu, Muhyiddin turut measihatkan pekerja mengamalkan langkah perlindungan diri dengan memastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan di pejabat sentiasa bersih.
Selain itu, elakkan sentuhan atau body contact dengan rakan sekerja yang lain.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan sebentar tadi bakal melibatkan pembukaan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial bermula 4 Mei ini, kecuali perhimpunan besar yang boleh mendatangkan risiko jangkitan covid-19.
Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri
The post Bekerja Dari Rumah, Norma Baharu Yang Mesti Kita Amalkan – PM appeared first on Siakap Keli.
No comments: