(Video) TLDM Dan APMM Akan Usir Bot Nelayan Asing Yang Mencerobohi Perairan Negara
Putrajaya, 13 April – Kerajaan akan mengusir warga asing dan bot-bot nelayan asing yang mencerobohi perairan Malaysia.
Perairan negara dikawal ketat bagi mencegah pencerobohan dari laut termasuk bot-bot nelayan asing, ujar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil tindakan setegas-tegasnya untuk menghalang kemasukan mereka dan kita bersetuju dalam mesyuarat tadi bahawa tindakan mengusir mereka keluar dari perairan kita akan dilakukan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sumber: RTM
The post (Video) TLDM Dan APMM Akan Usir Bot Nelayan Asing Yang Mencerobohi Perairan Negara appeared first on Siakap Keli.
No comments: