(Video) Kematian COVID-19 Meningkat, Amerika Rancang Ubah Peti Ais Kilang Proses Daging Jadi Stor Mayat
Kematian yang tinggi di New York akibat koronavirus membuatkan rumah mayat di sebuah daerah di sana penuh dan menghadapi lambakan mayat.
Menurut Daily Mail, Eksekutif Daerah Suffolk, Steve Bellone mendedahkan sebanyak 50 hingga 60 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di daerah itu setiap hari.
“Kami melihat jumlah 50, 60 orang meninggal dunia setiap hari akibat virus itu. Semua berkait COVID-19,” katanya.
Dalam satu rakaman mengerikan, kelihatan banyak mayat memenuhi bilik mayat dan dua trak sejuk yang diisi hingga kapasiti maksimum.
Susulan itu, para pegawai daerah dilaporkan merancang untuk menukar bilik sejuk di sebuah ladang pengeluaran daging tempatan sebagai bilik mayat sementara.
Menurut Bellone, fasiliti ladang itu telah diubah suai untuk menyimpan 300 mayat, namun kapasitinya boleh mencecah sehingga 450 mayat jika keadaan mendesak.
“Pada awalnya, kami berbincang untuk cadangkan penggunaan gelanggang ais dan gedung yang mempunyai penyejukan untuk menyimpan mayat,” katanya.
Walaubagaimanapun, Bellone tidak meneruskan cadangan itu kerana tidak mahu menggunakan gelanggang luncur ais kanak-kanak sebagai lokasi menyimpan mayat.
Bulan lalu, daerah Suffolk langsung tidak mempunyai satu kematian akibat COVID-19, namun setakat Selasa ini, lebih 653 orang telah meninggal dunia dengan 23,523 kes positif di sana. Malah, pegawai daerah menjangkakan kematian di daerah itu akan semakin meningkat.
Daerah Suffolk merupakan daerah kelima paling teruk terjejas COVID-19 di New York.
“Jika saya boleh sampaikan sesuatu kepada orang ramai di kawasan yang belum terjejas, ia adalah bagaimana cepat semua ini berlaku dan betapa tegang ia terjadi,” kata Bellone.
“Sekali ia datang, anda akan lihat sesuatu yang anda tak pernah lihat sebelum ini.”
There have been so many coronavirus deaths in a short amount of time in Suffolk County, New York, that the morgue and overflow morgues are nearing capacity. @miguelmarquez reports
Graphic warning: Some parts of the video may be disturbing for viewershttps://t.co/ovMLZUWYcl pic.twitter.com/JSAdCyvwUR— New Day (@NewDay) April 15, 2020
Sumber: Daily Mail
The post (Video) Kematian COVID-19 Meningkat, Amerika Rancang Ubah Peti Ais Kilang Proses Daging Jadi Stor Mayat appeared first on Siakap Keli.
No comments: