Perbandingan Kedudukan Orang Makan Yang Bersyukur & Orang Berpuasa Yang Sabar
Dalam kita dilanda dengan kemelut penyakit berjangkit yang mengakibatkan pelbagai jenis impak kepada ekonomi, sosial dan juga psikologi seseorang, namun sebenarnya kita masih lagi boleh dikatakan bertuah kerana pelbagai bantuan dan bekalan yang sampai di hadapan mata kita.
Saban hari, kita melihat berita yang tular berkenaan bantuan-bantuan yang telah sampai kepada golongan yang memerlukan. Dalam masa yang sama, ramai yang telah menyumbang kewangan kepada badan-badan yang bertanggungjawab membantu mereka yang memerlukan.
Jadi, bagaimana dengan kehidupan anda hari ini? Adakah anda sudah bersyukur dengan nikmat yang sedang anda kecapi atau masih lagi mengeluh dan merungut seolah-olah anda tidak punya apa-apa?
Percayalah, dengan kita bersyukur, Allah akan menambahkan lagi rezeki yang kita ada sama ada dalam kita sedar mahupun tidak.
Yang paling penting ialah jangan cemburu dengan rezeki orang lain sebaliknya belajarlah bersyukur dan reda dengan keadaan yang dialami.
Tahukah anda, terdapat sebuah hadis yang pernah diriwayatkan oleh Baginda SAW berkenaan dengan ganjaran orang yang bersyukur ketika makan sama seperti dengan orang yang sabar ketika sedang berpuasa.
Bagaimana untuk bersyukur ketika makan? Makan tersebut yang dimulai dengan membaca basmallah dan diakhiri dengan Alhamdulillah, maka itu sudah dikira sebagai seorang yang bersyukur.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الطَّاعِÙ…ُ الشَّاكِرُ بِÙ…َÙ†ْزِÙ„َØ©ِ الصَّائِÙ…ِ الصَّابِرِ
Maksud: “Orang makan yang bersyukur sama kedudukannya seperti orang berpuasa yang bersabar.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2486)
Syeikh Al-Talidi mentafsirkan hadis ini dengan dua situasi, iaitu orang yang bersyukur ketika makan dan juga orang yang bersabar ketika berpuasa.
Orang yang bersyukur adalah orang yang mendirikan hak-hak ketika makan dengan memuji Allah, kemudian kekuatan dan tenaga yang ada pada tubuh badannya pula digunakan pada jalan ketaatan terhadap Allah. Maka, dari situlah beliau akan mendapat pahala yang setimpal dengan perbuatannya.
Kedua, orang yang bersabar ketika berpuasa pula ialah mereka yang sentiasa berpuasa sama ada yang wajib dan juga amalan puasa sunat. Dalam puasanya, beliau bersabar dengan lapar, dahaga dan ujian yang dilaluinya seperti cuaca dan sebagainya. Maka, tidak disangkal lagi bahawa Allah akan mengganjarkan pahala berlipat kali ganda kepadanya.
Kesimpulan
Walaupun hadis ini dinilai sebagai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi, namun jumhur ulama lain seperti Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menukilkannya sebagai hadis yang sahih.
Apabila bersyukur dengan rezeki yang kita peroleh, maka kita juga berhak untuk mendapat ganjaran yang setimpal dengan mereka yang bersabar ketika berpuasa.
Janganlah dirungut akan rezeki yang anda peroleh walau dengan alasan ia adalah makanan yang sama, tidak sama dengan masakan ibu anda di rumah atau mungkin anda pelajar universiti atau golongan berada yang hanya layak memakan makanan tertentu sahaja.
Hal ini kerana, rezeki itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Mendapat makanan untuk mengenyangkan perut anda juga adalah rezeki.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Mufti Wilayah
No comments: