Ads Top

25 Kluster Dan Sub Kluster Dikenal Pasti Setakat Ini – KP Kesihatan

Menerusi satu sidang media harian Covid-19 yang diadakan sebentar tadi, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 25 kluster dan sub kluster yang telah dikenal pasti.

Menurutnya, kluster yang paling besar daripada kesemua kluster adalah kluster perhimpunan di Sri Petaling iaitu kira-kira 40%. Kluster yang lain pula sudah pun dikenal pasti, dan KKM hanya mengumumkan kluster yang besar.

“Kluster yang kecil mungkin tidak diumumkan lagi, tapi kami sedang memantau dan juga ambil tindakan mengesan, menguji, pengasingan dan memberi rawatan kepada kluster-kluster tersebut,” ujarnya.

Beliau memaklumkan berkenaan perkara tersebut ketika menjawab pertanyaan daripada wartawan pada minit ke 18.23 seperti dalam video berikut:

Sumber: KKM

The post 25 Kluster Dan Sub Kluster Dikenal Pasti Setakat Ini – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.