Ads Top

(Video) Detik-Detik Cemas Gunung Merapi Indonesia Meletus, Muntahkan Debu Setinggi 6000 Meter

Gunung berapai paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi meletus awal pagi tadi, melepaskan debu setinggi 6000 meter, lapor The New York Times.

Laporan yang sama turut menyebut debu yang dilepaskan boleh dikesan sehingga jarak 2 kilometer dari mulut kawah.

Menurut Agensi Kajian Colcanology dan Geologi Indonesia, penduduk kampung dikawasan berdekatan diminta menjauhkan diri sekurang-kurangnya 3 kilometer daripada Gunung Merapi.

Debu gunung berapi berkenaan juga dilaporkan bercampur dengan air hujan yang turun di kawasan berkenaan.

Menurut saksi, mereka mendakwa bunyi letusan boleh didengar sehingga 30 kilometer daripada kawasan letusan.

Agensi bertanggungjawab memantau aktiviti bagaimanapun tidak menaikkan tahap amaran kerana Gunung Merapi sebelum ini sentiasa diletakkan dalam tahap ketiga tertinggi disebabkan tahap aktifnya.

Berikutan kejadian berkenaan, di media sosial juga tular video-video yang menujukkan kejadian gunung berapi berkenaan.

Sumber: The New York Times

The post (Video) Detik-Detik Cemas Gunung Merapi Indonesia Meletus, Muntahkan Debu Setinggi 6000 Meter appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.