(Video) Tak Pernah Puasa 44 Tahun Seumur Hidup, Berapa Fidyah Kena Bayar?
Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang menjadi kewajipan bagi setiap Muslim.
Dalam satu ceramah bertajuk “Tidak Urus Harta Pusaka, Waris Menderita” , seorang ustaz berkongsi kisah mengejutkan untuk pengajaran ramai.
Menurut Ust. Mohd. Hafiz Fauzi, Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad, seorang wanita telah menghubunginya untuk meminta beliau mengirakan jumlah fidyah yang perlu dibayar bagi pihak suaminya yang telah meninggal dunia.
Apa yang mengejutkan adalah jumlah tempoh puasa ditinggalkan si mati yang berjumlah 44 tahun.
Kata ustaz Hafiz, wanita itu mendakwa suaminya tidak pernah berpuasa sepanjang hayatnya.
“44 tahun tidak pernah berpuasa Ramadhan. Saya kata;
“Puan, bukan saya tak boleh kira, tapi fidyah dibayar kerana uzur syarie. Suami puan bukan uzur syarie. Suami puan sengaja tidak mahu berpuasa.”
“Moga Allah Taala pelihara dia.”
Susulan itu, beliau meminta wanita berkenaan agar merujuk pusat zakat untuk mengetahui sama ada fidyah tersebut sah ataupun tidak.
Sumber: Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan
The post (Video) Tak Pernah Puasa 44 Tahun Seumur Hidup, Berapa Fidyah Kena Bayar? appeared first on Siakap Keli.
No comments: