(Video) BCL Menangis Teresak-Esak, Sebak Saat Judika Nyanyi Lagu Baru ‘Tak Mungkin Bersama’
“Oh begini rasanya
kehilanganmu kekasih
Tak pernah ku bayangkan
Sakitnya akan seperti ini
Kau telah pergi dari hidupku..”
Rangkap pertama dalam lirik lagu Tak Mungkin Bersama nyanyian Bunga Citra Lestari (BCL) ini menjadi asbab BCL kembali bersedih terkenangkan kisah ‘perpisahan’ suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah kembali menghadap Ilahi pada 18 Februari lalu.
Dalam program Indonesian Idol baru-baru ini, seorang pesertanya, Judika telah menyanyikan lagu tersebut pada persembahannya dan BCL menjadi juri pada malam itu.
Di saat Judika memulakan nyanyiannya, raut wajah BCL kelihatan seperti sebak menahan air mata kerana mungkin lagunya itu amat berkait dengan perasaan hibanya kini yang kehilangan insan tercinta.
Namun akibat tidak mampu bertahan lagi, akhirnya air mata BCL gugur jua ketika Judika meneruskan nyanyiannya.
Dalam rakaman video persembahan tersebut yang dimuat naik di Youtube, jelas kelihatan BCL menangis dan tertunduk kerana terlalu sedih, lebih-lebih lagi setiap bait lirik lagunya itu seakan ‘kembali’ ditujukan buatnya.
Dalam pada itu, Judika juga turut kelihatan sebak di atas pentas, mungkin dia juga mampu merasai apa yang sedang dirasai oleh BCL ketika itu.
Atas rasa penuh simpati, rakan juri yang hadir bersama, Ari Lasso bangun dan cuba menenangkan BCL.
Situasi yang menyentuh hati itu disaksikan oleh ramai penonton yang hadir.
Video berdurasi selama tiga minit 40 saat itu telah mencapai view sebanyak 3,560 setakat jam 11 pagi ini dan telah tular di beberapa laman media sosial.
Allahyarham Asyraf Sinclair, artis lelaki berdarah kacukan Melayu – British yang pernah membintangi filem Gol & Gincu (2005) itu meninggal dunia pada 18 Februari lalu ketika tidur akibat masalah jantung.
Sumber: Youtube
The post (Video) BCL Menangis Teresak-Esak, Sebak Saat Judika Nyanyi Lagu Baru ‘Tak Mungkin Bersama’ appeared first on Siakap Keli.
No comments: