TERKINI: 58 Orang Lagi Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini
Sebanyak 58 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital pada Selasa (22 Mac 2020).
Perkara tersebut diumumkan oleht Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi.
Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 537 orang.
Pada Isnin, negara mencatatkan kes pulih tertinggi di mana seramai 91 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital pada hari tersebut.
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia 31 Mac 2020.
Jumlah pesakit discaj 5⃣8⃣
Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 5⃣3⃣7⃣.
Tahniah dan terima kasih kepada semua. ❤ pic.twitter.com/YjAQbpofZu
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 31, 2020
Sumber: Sidang Media KKM, KKM Putrajaya
The post TERKINI: 58 Orang Lagi Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini appeared first on Siakap Keli.
No comments: