Ads Top

Dolla Tekad Takluk Industri Seni, Muncul Single Make You Wanna

Semakin mendapat perhatian selepas memberikan persembahan hebat pada Final RapstarERA 2020 baru-baru ini, kumpulan Dolla yang dibarisi empat gadis cantik ini sememangnya mempertaruhkan bakat besar masing-masing dalma bidnag seni.

Dianggotai Sabrina, Tabby, Syasya dan Angel, Dolla kini tampil dengan single pertama berjudul Make You Wanna yang dihasilkan oleh komposer dan produser lagu popular dari Australia, Bryan B serta Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.

Menceritakan tentang keyakinan diri dan keberanian seorang wanita dalam membuktikan bahawa setiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati.

“Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan diri sendiri. Wanita yang berkeyakinan tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak.

“Saya gembira kerana lagu ini menonjolkan kekuatan wanita. Bukan saja sesuai dimainkan di radio tapi ‘Make You Wanna’ membuat kita terasa ingin menari. Orang yang tidak suka menari pun akan menari bila mendengar lagu ini,” kata Sabrina.

Make You Wanna terbitan dan edaran oleh Universal Music Malaysia dan Lion Music Group Malaysia kini sudah boleh didapati menerusi aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.