Ads Top

(Video) “Kematian Yang Dicemburi”, Tular Rakaman Dipercayai Wanita Dijemput Ajal Ketika Solat

Umum sudahpun mengetahui bahawa setiap yang bernyawa pasti merasai kematian. Cumanya, tiada sesiapa pun yang tahu bahawa bila dan dimana dia akan mati.

Tetapi yang pasti, sudah menjadi impian semua khususnya yang bergelar Muslim untuk ‘dijemput’ dalam keadan husnul khatimah.

Baru-baru ini, satu klip video telah dimuat naik di laman Youtube PU Syed Channel yang menunjukan seorang wanita dikatakan meninggal dunia ketika sedang beribadah di sebuah masjid.

Berdasarkan tarikh yang tertera pada rakaman dipercayai rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV), kejadian berkenaan berlaku pada 21 Janurari lepas.

Menurut kapsyen yang dimuat naik bersama rakaman tersebut, wanita berkenaan dikatakan meninggal dunia ketika menunaikan Solat Sunah Qabliyah Isyak.

”Kematian yang dicemburui. Sedang solat qabliah isyak. Dalam keadaan wudhu, dalam masjid, dalam menutup aurat, dalam bermasyarakat,” katanya.

 

Sumber: Youtube PU Syed Channel

The post (Video) “Kematian Yang Dicemburi”, Tular Rakaman Dipercayai Wanita Dijemput Ajal Ketika Solat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.