Ads Top

Manfaat Doa Di Saat Kemelut Melanda Negara

Pernah anda terfikir, apa yang boleh anda lakukan kepada negara? Mungkin anda hanya rakyat biasa bergelut dengan masalah hidup. Namun, itu bukan bermaksud anda tidak boleh melakukan sesuatu untuk negara tercinta.

Zaman yang dipengaruhi dengan pelbagai kemajuan teknologi sebenarnya lagi membuka ruang kepada anda untuk melakukan sesuatu. Namun, jangan disalah guna pula kemajuan tersebut. Ucapkan yang baik-baik supaya yang terbaik akan datang kepada kita semua.

Salah satu perkara yang semua orang boleh lakukan ialah dengan berdoa. Apabila rakyat bersatu dan mendoakan kesejahteraan negara, Allah tidak akan mensia-siakannya.

Saidina Ali bin Abi Talib, seorang pemimpin yang sering mendoakan keharmonian pimpinannya. Begitu juga dengan rakyatnya yang sentiasa berdoa agar pemimpin dan negara mereka berada dalam keadaan baik.

Tidak perlu tunggu keadaan tegang atau wujud masalah untuk anda menadah tangan dan berdoa, tetapi berdoalah setiap masa. Banyak manfaat yang boleh diperoleh bukan sahaja kepada negara bahkan kepada anda sendiri.

#1 – Disyariatkan Dalam Semua Keadaan

الدعاء للسلطان الواجب الطاعة ، مشروع بكل حال

Maksud: “Mendoakan seseorang penguasa yang wajib ditaati adalah disyariatkan dalam semua keadaan.” (Al-Intishaf, Hasyiyah Al-Kaasyif, 4/105-106)

#2 – Doa Termasuk Sebagai Nasihat

إِني لأدعو له [أي السلطان ] بالتسديد والتوفيق – في الليل والنهار – والتأييد وأرى ذلك واجبا عليَّ

Maksud: “Sesungguhnya aku mendoakan dia (iaitu penguasa) dengan kelurusan dan taufiq – siang dan malam. Serta aku memandang itu sebagai perkara yang wajib ke atasku.” (Al-Sunnah Al-khollal, hal. 116)

#3 – Salah Satu Sifat Ahli Sunnah Wal Jamaah

إِذا رأيت الرجل يدعو للسلطان بالصلاح ، فاعلم أنه صاحب سنة

Maksud: “Jika engkau melihat seseorang mendoakan kebaikan kepada penguasa, maka ketahuilah bahawa dia adalah ahli sunnah.” (Syarhus Sunnah, hal. 116)

#4 – Manfaatnya Kembali Kepada Rakyat

Fudhail bin ‘Iyadh pernah berkata – “Sekiranya aku memiliki doa yang mustajab, maka tidaklah aku mendoakannya kecuali untuk penguasa.”

Beliau kemudian menjelaskan akan maksudnya;

إذا جعلتُها في نفسي لم تَعْدُني.وإِذا جعلتها في السلطان صَلَح فصَلَح بصلاحه العبادُ والبلاد

Maksud: “Jika aku menjadikan doa itu pada diriku, maka aku tidak akan melampau. Sedangkan jika aku menjadikannya untuk penguasa, maka dengan kebaikannya (yang dilakukan penguasa) ia akan berbalik kepada para rakyat dan negeri.” (Syarhu Sunnah, hal. 116-117)

Kesimpulan

Tuntasnya, rakyat bukan sahaja perlu berganding bahu untuk setiap pekerjaan demi keamanan negara, tetapi juga perlu bersatu dalam mendoakan negara. Semoga negara yang anda diami akan sentiasa penuh dengan kesejahteraan.




No comments:

Powered by Blogger.