Avenue K Rai CNY Dengan Tarian Kebudayaan & Alunan Muzik Erhu
Bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 25 Januari ini, pusat beli belah Avenue K telah merangka pelbagai aktiviti menarik bagi menarik perhatian pengunjung.
Antaranya, kawasan tumpuan di tengah-tengah atrium Avenue K telah dihias dengan dekorasi yang cukup cantik seperti bunga-bungaan mekar sepanjang 3 Januari hingga 9 Februari ini bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan itu.
Menurut Pengurus Besarnya, Phang Sze Sze, kali ini mereka membuat kelainan dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti tarian singa, persembahan melukis mengikut alunan muzik erhu, tarian kebudayaan dan seni kaligrafi pelangi.
“Untuk menghangatkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, kami telah menyediakan beberapa buah kiosk yang terletak di tengah-tengah tumpuan pusat beli-belah ini untuk pengunjung membeli-belah biskut dan kuih-muih tradisional selain pakaian tradisional seperti Cheongsam dan pelbagai hamper menarik yang boleh dijadikan hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan anda.
“Untuk pelanggan setia kami, berbelanja lebih daripada RM388 dan anda berpeluang menebus Fortune Bag khas kami yang didatangkan sekali dengan baucer makanan yang disediakan,” ujarnya.

Pada majlis perasmiannya baru-baru ini, pusat beli-belah itu turut meraikan penghuni Rumah Kebajikan Kasih yang telah diberikan sumbangan wang tunai serta barangan kelengkapan harian sempena menyambut Tahun Baru Cina. – KopiPlanet.com
The post Avenue K Rai CNY Dengan Tarian Kebudayaan & Alunan Muzik Erhu appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: