6 Penyakit Yang Akan Menimpa Umat Akhir Zaman
Hati manusia sifatnya sentiasa berubah-ubah. Ia biasanya akan berubah dan terkesan dengan pengalaman yang diharungi dalam hidup. Allah sendiri mengatakan bahawa hati sifatnya sentiasa berbolak balik. Kadang kala ia menjadi kuat dan teguh. Pada waktu yang lain ia boleh menjadi lemah, tidak tetap dan boleh goyah.
Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Al-Kammiya As-Sa’adah’ (Kimia Kebahagiaan) ada menyebutkan tentang peranan hati dan tubuh badan yang saling memberi kesan antara satu sama lain. Ia ibarat satu kitaran yang tidak akan berhenti.
Hati yang dikuatkan dengan iman dan cahaya petunjuk daripada Allah akan mempengaruhi tindak-tanduk perbuatan agar selari dengan iman. Manakala hati yang lemah akan mudah pula dipengaruhi oleh ancaman keburukan dan kejahatan dari luar mahupun dalam.
Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan bahawa umatnya akan ditimpa penyakit yang berbahaya di dunia ini. Penyakit-penyakit ini tidak dapat ditolak kewujudannya kerana ia juga pernah menimpa umat-umat terdahulu.
عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ: سمَعِْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ اْلأُمَمِ فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا دَاءُ اْلأُمَمِ قَالَ : اَلْأَشَروَاْلبَطَرُ وَالتَّكَاثُرُ وَالتَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
(رواه الحاكم)
Maksud: Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.anhu berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu? Nabi Muhammad SAW menjawab : “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga menjadi zalim-menzalimi antara satu sama lain”. (HR. Hakim)
1. Terlalu Banyak Berseronok
2. Terlalu Bermewah
3. Menghimpunkan Harta Sebanyak Mungkin
4. Tipu Menipu Dalam Merebut Harta Dunia
5. Saling Memarahi
6. Hasut-Menghasut Sehingga Menjadi Seorang Yang Zalim
Jika dilihat keenam-enam jenis ancaman yang disebutkan ini, ia bukan hanya sekadar tindakan luaran sahaja. Ia merupakan pengaruh antara tubuh badan dan juga hati yang lemah. Mungkin tanpa sedar, kita telah terkena salah satu daripada penyakit di atas. Disebabkan itu, hati diibaratkan seperti raja dan tubuh badan adalah rakyatnya. Jika baik raja, maka baik pula rakyatnya yang lain.
Baca juga:
Orang Yang Melupakan Allah Lupa Kepada Diri Sendiri
No comments: