Ads Top

(Video) Youtuber Daud Kim Dedah Trik Peniaga Streetfood Korea, Letak Logo Halal Tapi Jual Makanan Bercampur Babi

Pasti ramai yang mengidamkan percutian ke negara Korea sebagai tempat percutian idaman. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merupakan peminat tegar artis serta cerita Korea.

Namun perlu diingatkan bahawa banyak perkara yang perlu dititikberatkan ketika berkunjung ke luar negara terutama bab makanan. Makanan halal adakalanya sukar untuk didapati di negara seperti itu. Kadang kala terdapat gerai yang dikatakan halal, namun status halalnya diragui kerana tiada sijil halal yang dipamerkan.

Ikuti perkongsian video oleh Youtuber popular, Daud Kim di laman facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) bersama rakannya mendedahkan, terdapat peniaga di Myeong-dong Street, Seoul yang menjual makanan bercampur daging khinzir, tetapi mempamerkan logo halal bagi menarik perhatian pelancong muslim.

Ada juga peniaga yang tidak dapat mengesahkan sama ada daging ayam yang digunakannya disembelih mengikut kaedah Islam ataupun tidak.

Ayuh saksikan pendedahan tersebut sebagai peringatan agar kalian tidak mudah tertipu dengan helah peniaga yang sengaja mempamerkan logo halal bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

The post (Video) Youtuber Daud Kim Dedah Trik Peniaga Streetfood Korea, Letak Logo Halal Tapi Jual Makanan Bercampur Babi appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.