Ads Top

(Video) Pintu Pagar Tak Tutup, Tular Budak Naik Basikal Terlepas Ke Jalan Dihentam Kereta

Tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak dilanggar oleh sebuah kereta dihadapan rumahnya.

Berdasarkan rakaman CCTV tersebut yang menunjukkan pintu pagar tak bertutup, kanak-kanak malang dilihat bermain dengan basikal sebelum keluar ke jalan sendirian.

Menurut netizen yang meninggalkan komen di perkongsian tersebut, bapa kepada kanak-kanak tersebut dilaporkan sedang membasuh kereta ketika anaknya itu keluar daripada pagar rumahnya.

Sebuah kereta yang melalui jalan di hadapan rumah kanak-kanak tersebut telah melanggar kanak-kanak itu.

Sejurus selepas kemalangan tersebut, jiran-jiran serta ibu bapa kanak-kanak tersebut dilihat terus berlari menuju ke arah kereta tersebut bagi memeriksa keadaan kanak-kanak itu.

Ibu bapa dinasihati supaya sentiasa memerhati anak-anak mereka yang masih kecil bagi mengelak daripada kejadian yang tak diingini sebegini berlaku.

Sumber: Penang Kini




No comments:

Powered by Blogger.