Ads Top

(Video) Klip Ayah Titip Pesan Dipercayai Sebelum Pergi Berjihad Undang Sebak

Pergolakan yang berlaku di Palestin memperlihatkan ramai yang menjadi pejuang untuk mempertahankan negara dan bangsa dari kekejaman rejim Zionis walaupun perlu menggadaikan nyawa mereka sendiri.

Baru-baru ini telah tular satu video yang memaparkan seorang bapa berkerusi roda menitipkan ucapan selamat tinggal kepada dua orang anaknya dipercayai sebelum pergi berjuang mempertahankan negara mereka.

Video itu membuatkan rata-rata penonton terharu dengan kerana kata-kata bapa tersebut yang begitu menyayat hati diikuti dengan tangisan anak perempuan yang jelas seperti tidak rela berpisah dengan bapanya.

“Tidak apa-apa wahai puteriku, ayah pergi bertemu Allah, ayah pergi ke syurga Insya Allah.

“Jagalah ibumu ya? Lihat ayah, jangan menangis,”  katanya yang memujuk anaknya agar tidak menangis.

Jelas sekali, video itu mengundang sebak netizen dan tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan oleh bapa tersebut.

Sumber: Jentik Hati 

The post (Video) Klip Ayah Titip Pesan Dipercayai Sebelum Pergi Berjihad Undang Sebak appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.