“I Miss My Arwah Abah,” Netizen Sebak Tengok Momen Anak Hadiahkan Ayah Telefon Mahal
Apa yang kita tahu, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu sahaja mereka sanggup melakukan apa saja untuk anak mereka.
Bila difikirkan semula, apalah sangat untuk kita balas semula jasa yang mereka curahkan dari kecil tapak tangan sehinggalah besar dan berjaya. Tak kurang pun bahkan rezeki untuk kita lebih bertambah jika berbuat baik dengan ibu bapa tercinta.
Seperti jejaka ini memuat naik satu video di laman Twitternya tentang ayahnya mendapat hadiah berupa Iphone 11 memandangkan dia tidak memapu memberi menantu lagi.
Kebetulan ayoh mari KL harini ada kerja, bagi dia hadiah lah sikit :’) tak mampu lagi bagi menantu kita bagi ni dulu ek.
Kebetulan ayoh mari KL harini ada kerja, bagi dia hadiah lah sikit :’)
tk mampu lg bagi menantu kita bg ni dulu ek 🤣🤭🥰❤️ pic.twitter.com/xEUFMqPXek
— Mecha (@Amsyarnaif) November 26, 2019
Memang saya niat nak bagi hadiah. Lagipun baru-baru ni dia ada bagi tahu phone dia ada masalah. Jadi, ada rezeki lebih sikit. Saya belikan yang baru untuk dia, katanya ketika dihubungi.
unboxing by ayoh.
btw qilla & uyah tu adik aku yang last 😂 pic.twitter.com/cHe2xFQBQl
— Mecha (@Amsyarnaif) November 26, 2019
Sehubungan dengan itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji sikapnya yang lebihkan ibu bapa daripada orang lain. Sifat ini boleh dijadikan conto untuk orang muda diluar sana.
“ayoh ado boba… im cryingg”
“Ini yang kita patut buat. Bukan yang pergi bagi dekat gf.”
Ada juga yang berkongsi rasa gembira dengan ibu bapa mereka di ruangan komen tersebut.
“Nangis tengok ni”
Sumber: Amsyarnaif
The post “I Miss My Arwah Abah,” Netizen Sebak Tengok Momen Anak Hadiahkan Ayah Telefon Mahal appeared first on Siakap Keli.
No comments: