Ads Top

(Video) Viral Anjing Liar ‘Tokak’ Budak, Orang Ramai Didakwa Hanya Tengok & Rakam Bikin Natizen Geram

Baru-baru ini, terdapat satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak yang dipercayai telah diserang oleh seekor anjing liar.

Difahamkan, kejadian tersebut didakwa berlaku di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, Langkawi.

Video yang berdurasi selama 24 saat itu menunjukkan seorang budak lelaki sedang terduduk ketakutan sambil diawasi oleh anjing yang dipercayai cuba untuk menyerangnya jika budak tersebut cuba melepaskan diri.

Turut kelihatan orang ramai yang cuba untuk menolong budak tersebut sekiranya anjing itu bertindak agresif.

Susulan daripada video tersebut, pelbagai reaksi daripada netizen berkenaan dengan video itu dapat dilihat menerusi ruangan komen.

Rata-ratanya berang dengan tindakan lelaki yang merakam serta orang ramai yang berada di tempat kejadian kerana dilihat seakan-akan tidak ada usaha untuk membantu budak tersebut.

Antaranya komen netizen yang menzahirkan rasa kecewa mereka adalah seperti berikut:

Budaya yang dilihat suka merakam terlebih dahulu untuk tujuan ‘viral’ di media sosial dan bukan mengutamakan keselamatan atau kesulitan yang dilalui oleh orang yang sepatutnya di tolong ini seharusnya dihentikan. Beringatlah, jika anda di tempat mereka, anda pasti akan mengharapkan benda yang sama.

Sumber: Bomoh Online




No comments:

Powered by Blogger.