Ads Top

(Video) Seram, Sosok Dipercayai ‘Pontianak’ Terakam Berdiri Atas Pokok Kelapa

Tular sebuah video yang memaparkan penampakkan sosok misteri yang didakwa menyerupai seorang wanita.

Difahamkan video terbabit adalah milik seorang Youtuber berasal dari negara jiran yang merupakan seorang peramal perubatan berkaitan alam mistik.

Dalam rakaman berdurasi 2.20 minit itu, kelihatan entiti seakan-akan seorang wanita berbaju putih berdiri di atas pokok kelapa.

Kelibat yang dipercayai sebagai pontianak itu tetap tidak berganjak wauaupun sudah disuluh beberapa kali oleh si perakam.

Video itu ‘menyelubungi’ laman twitter serta menimbulkan mood seram di dinding media sosial yang lantas dipenuhi oleh pelbagai reaksi serta komen dari warga net.

Video Youtuber ini semuanya penampakkan real, no edit

Setakut-takut dia sempat lagi rakam, kalau aku lari tak cukup tanah dah tu

Tu dia belum terbang lagi, kalau dia terbang memang lari tak cukup tanah

Perghh, dia mengilai beb!

Tengok video penuh, ‘pontianak’ turun ke tanah dan hilang

Tak ketinggalan, ada juga netizen yang berseloroh tentang insiden tersebut.

Ko suluh dia dengan torch light, kesian dia silau macam mana nak terbang

Nasib baik rumah aku pokok kelapa kena tebang, hahaha

Kalau dia start terbang, spray aje, mengelupur dia kejap lagi

Malah ada juga di kalangan orang ramai yang mendakwa bahawa video itu hanyalah untuk rekaan semata-mata dan penampakkan itu adalah palsu.

Bila disuluh lampu, matanya silau nampak macam fake

Sumber: Twitter




No comments:

Powered by Blogger.