Ads Top

‘Sakit Hati Tapi Saya Bersyukur Sebab’… Stacy Ulas Isu Baju Seksi

Nama penyanyi Stacy baru-baru ini menjadi perhatian radar dunia hiburan tempatan apabila isu baju seksi yang digayakannya ketika menjayakan persembahan di majlis Anugerah Bintang Popular ke-32 menjadi kontroversi.

Mengulas mengenai isu itu, Stacy, 29, berkata dia tidak mengambil pusing semua komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya sebaliknya hanya ingin memandang ke depan bagi meneruskan kerjaya seperti biasa.

“Saya bukan tak pernah kena kecam sebelum ini, malah dah sering kali menghadapi situasi sebegini. Tapi terus-terang cakap, kali ini saya ada rasa sedikit ‘down’ sebab dah ada suami dan keluarga. Sakit hati ada sikit di situ tapi saya bersyukur sebab suami dan keluarga mertua lebih kenal luar dalam saya macam mana.

“Mereka tahu yang saya tidak sengaja, biarlah orang di luar sana nak cakap apa pun, yang penting saya jaga hati orang yang penting dalam hidup saya. Kalau saya asyik fikir pasal benda itu lagi, lagilah saya tidak boleh maju ke hadapan,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media program Mentor Milenia yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menerusi program itu, Stacy dilantik menjadi mentor bersama empat lagi selebriti lain iaitu suaminya, Akim Ahmad, Hazama, Black dan Ernie Zakri.

Menurut selebriti kelahiran Sabah itu, sebaik selepas menjayakan persembahan dia ada bertanyakan kepada Akim mengenai penampilannya pada malam itu.

“Saya sebenarnya lebih risaukan penerimaan Akim dan sebaik lepas habis buat persembahan saya terus tanya dia teruk sangat ke pakaian saya. Akim cakap pada saya yang penting saya tidak mendedahkan kulit badan itu dah cukup bagi dia. Dia pun cakap ‘i dah maafkan you cukup’. Lepas dia cakap macam itu, saya terus rasa macam pedulilah apa orang nak cakap pasal isu itu lagi,” jelasnya lagi.

Stacy pada malam itu menggayakan busana persalinan rona kuning cair beserta kain hitam yang menutupi bahagian hadapannya sehingga ada warga net yang menyamakan gayanya itu persis seperti berbogel. Malah, ada juga dikalangan netizen yang melemparkan kritikan negatif sehingga memanggilnya ‘wanita akhir zaman’. – KopiPlanet.com

The post ‘Sakit Hati Tapi Saya Bersyukur Sebab’… Stacy Ulas Isu Baju Seksi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.