Ads Top

Rosyam Nor Gagal Mara Final All Stars Buka Panggung

Perjuangan pelakon Datuk Rosyam Nor dalam program All Stars Buka Panggung terkandas apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Dengan penyingkiran Rosyam, melayakkan empat peserta iaitu Datuk Aaron Aziz,Rita Rudaini, Zulhuzaimy dan Noorkhiriah ke peringkat akhir yang akan berlangsung minggu hadapan.

All Stars Buka Panggung merupakan program sketsa spontan bertemakan Katakan Tidak Pada Skrip yang menguji kemampuan pelakon tanah air mempersembahkan lakonan secara improvisasi tanpa menggunakan skrip.

Selain itu, rancangan ini turut memperlihatkan bakat pelakon dalam bidang nyanyian yang mana mereka perlu menyanyikan lagu yang dipilih pihak produksi.

Juara All Stars Buka Panggung bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Manakala naib juara memperoleh wang tunai RM25,000 dan trofi, tempat ketiga (RM10,000 dan trofi) dan tempat keempat (RM5,000 dan trofi).

Persembahan peserta 100 peratus ditentukan menerusi undian online penonton.

Minggu separuh akhir turut dimeriahkan dengan kemunculan artis undangan seperti Tomok, A.R Badul, Zuliz Aziz dan Mark Adam.

All Stars Buka Panggung dihoskan Ajak dan Shahrul Shiro serta Seri Dewi Panggung, Erra Fazira dan ia disiarkan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (125). – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.