Ads Top

Pilu, Tular Video Jasad Lelaki Didakwa Cuba Maut Dan Membeku Tersangkut Di Gear Pesawat

Sebuah video menyayat hati tular di laman media sosial yang memaparkan beberapa orang mengeliling jasad tidak bernyawa yang dipercayai tersangkut di salah satu bahagian pesawat.

Menurut laporan, mayat lelaki itu adalah individu yang dipercayai cuba ‘menyelinap masuk’ ke pesawat Royal Air Maroc telah dijumpai dalam keadaan beku ketika pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Mohammed V, Casablanca, Maghribi.

Ketika jasad itu ditemukan, ia dalam keadaan tergantung di bahagian gear pendaratan. Lelaki terbabit dikatakan berpaut pada bahagian pesawat itu semasa ia berlepas dari lapangan terbang Afrika Barat.

Difahamkan bahawa penerbangan berkenaan sepatutnya meneruskan perjalanan ke Perancis. Menurut pihak polis, lelaki tersebut mati sejurus sahaja pesawat berlepas.

Lelaki yang didakwa merupakan seorang imigran haram itu tentunya tidak mampu bertahan dengan ketinggian yang boleh menyebabkan suhu turun serendah -63C (-81F).

Ini bukanlah kali pertama kes imigran yang terbunuh selepas cuba bersembunyi di atas kapal terbang.

Jun lalu, seorang lelaki imigran mati setelah jatuh dari penerbangan Heathrow ke selatan London. Lelaki itu dipercayai membeku di roda pesawat sebelum terjatuh dari ketinggian 3,500 kaki.

Sumber: New York Post & Daily Mail 




No comments:

Powered by Blogger.