Dunia Akhirat Seimbang, Netizen Tumpang Gembira Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa Selamat Bergraduasi
Pernah dinobatkan sebagai johan tilawah antarabangsa, Qariah Malaysia, Nor Farhatul Fairuzah Panut, 19 sering mendapat pujian atas kemerduan suaranya melantunkan ayat suci al-Quran.
Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) itu kini telahpun bergraduasi bersama rakan-rakannya yang lain pada minggu lepas berdasarkan perkongsiannya di laman Instagram.
Berikutan itu, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Tokoh Belia Harapan Negeri Sembilan tersebut atas kejayaan beliau menamatkan pembelajarannya.

Dalam dunia tilawah, Farhatul merupakan sosok yang menjadi idola qari qariah muda atas kejayaannya mengharumkan nama negara dalam kejohanan tilawah antarabangsa.
Beliau mula mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila menjadi johan kategori tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61 selepas dinobatkan sebagai johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dalam acara yang sama.
Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah, Bernama
Goodluck semua! #Graduasi #1monthtogo
alhamdulillah itula yg saya mampu lakukan setelah berusaha sehabis baik demi negara Malaysia tercinta
Berdebarr tak habis selagi belum baca
ni antara part yg agak mencabar, btw cube teka lagu apa ni #mtqha2019 siapa yg nak tgok video full, bole tekan link di bio saya dan click subscribe skali okeyy
#QuranDiHati #AnakMuda #MarilahSamaSama
No comments: