Demi Lovato Mohon Maaf Tak Peka Posting Puji ‘Negara’ Israel
Penyanyi Demi Lovato memohon maaf berikutan muat naiknya di laman Instagram yang memuji ‘negara’ Israel, baru-baru ini.
Menerusi catatannya itu, Demi mengucapkan terima kasih Israel di atas keindahan negara tersebut sehingga menerima kecaman hebat daripada netizen mengkritiknya seorang yang tidak sensitif dan peka dengan konflik yang melanda Israel dan Palestin.
Menyedari dirinya teruk dihentam, Demi mengambil keputusan menutup ruangan komen Instagram agar enggan memanaskan lagi isu tersebut selain menjelaskan perkara sebenar di sebalik posting-nya itu.
“Saya benar-benar rasa kecewa. Saya menerima kunjungan secara percuma ke Israel dan sebagai pertukaran saya perlu muat naik beberapa post di Instagram. Saya tidak tahu yang kunjungan saya ke sana adalah satu kesalahan atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Saya mohon maaf sekiranya saya ada mengguris hati mana-mana pihak, yang memang jelas ia bukanlah satu perkara yang disengajakan oleh saya,” kata Demi.
Menurut penyanyi lagu This Is Me itu, kunjungannya itu adalah di atas sebab percutian spiritual semata-mata bukan untuk mempolitikkan keadaan semasa.
Kerajaan Israel dikutuk kebanyakan negara di seluruh dunia kerana menindas penduduk Palestin dengan peperangan sehingga mereka berjaya membentuk ‘negara’ di atas tanah Palestin. – KopiPlanet.com
The post Demi Lovato Mohon Maaf Tak Peka Posting Puji ‘Negara’ Israel appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: