Ads Top

(Video) “Teman Saya Jalan Boleh,” Pemuda Baik Hati Tolong Teman Anak Istimewa Comel, Takut Air Hujan

Bagi sesetengah orang, bukan mudah untuk melayani kanak-kanak istimewa, tambah-tambah pula tiada kaitan dengan darah daging kita. Namun, bila ada individu yang prihatin terhadap kanak-kanak ini pasti membuatkan hati tisu kita beremosi.

Menerusi sebuah video 1 minit yang tular di media sosial, terlihat seorang pemuda sedang berjalan menemani seorang anak istimewa yang didakwanya di dalam video ini ketika hujan rintik.

Difahamkan, mereka berjumpa di sebuah masjid dalam perjalan pulang ke rumah.

Cakap pasal kanak-kanak istimewa ni, tadi masa jalan nak balik dari masjid ada budak ni takut nak balik sebab takut dengan air hujan. Cute gila.

“Tutup mata boleh?”

Dia tak berani jalan lorong tu sebab takut air hujan, so dia tercegat je tak lalu pun situ. aku tak faham la apa dia rasa.

Dia tunggu orang lalu, which is kebetulan waktu tu aku. Pastu dia tanya “abang-abang, abang teman saya jalan boleh tak”.

Rata-rata netizen memuji tindakan pemuda ini dan sangat tersentuh dengan kebaikan yang dilakukan olehnya. Keikhlasan terpancar dalam video ini.

“Best kawan dengan anak istimewa ni, rasa macam suci, diorang takda dosa dan baik”

“Aku menangis dengar dia cakap ‘terima kasih’ ikhlas betul.”

“Bangga dengan kau”

“Semoga Allah merahmati anda”

“Video ini ingatkan aku untuk bersyukur”

 

Sumber: Nazmihanafi




No comments:

Powered by Blogger.