(Video) “I Dengar Perempuan Meraung,” Meremang, Wanita Dakwa Terdengar Suara Misteri Perempuan Menjerit
Semalam tular beberapa video di laman twitter tentang rakaman jeritan ‘misteri’ yang menggegar kawasan apartment. Teriakan yang dirakam dan mula dimuatnaik kelmarin itu menimbulkan tanda tanya warga maya tentang siapa ‘pemilik sebenar’ suara berkenaan.
Naik bulu roma tatkala memainkan semula rakaman video yang didakwa berlaku di Johor ini.
— Ibu rempit (@qianxing_) September 18, 2019
Menurut Qing, sebelum dia merakam video tersebut, dia ada terdengar suara lantang wanita yang seolah-olah bertengkar dengan seseorang. Qing juga bimbang sekiranya berlaku apa-apa kepada wanita berkenaan.
Oleh itu, dia nekad untuk turun ke pondok pengawal untuk memaklumkan kepada para pengawal keselamatan tentang insiden itu. Namun apabila diperiksa, tiada satu pun kelibat wanita mahupun suara yang didengar lagi.
Im skek. What happened to that girl. pic.twitter.com/dJ6YyYV6wT
— Ibu rempit (@qianxing_) September 18, 2019
Ciapan Qing itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang kebanyakannya risau akan keadaan wanita yang meraung itu. Ramai yang beranggapan bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengetahui punca sebenar jeritan tersebut.
Mungkin orang yang jerit tu tengah berada dalam keadaan tertekan tadi, moga Allah lindungi dia
Mungkin ada sesuatu yang terjadi, jiran-jiran kena periksa atau call polis
Terdengar juga kat area parking kereta, ingatkan orang gaduh ke apa!
Kenapa jiran tak buat apa-apa. tolong seseorang bantu dia
Takut sesuatu yang serius berlaku, tolong hubungi polis
Kat rumah aku pun ada dengar suara lelaki terjerit-jerit, rupanya dia terkurung takda kunci nak keluar
Sumber: Qian Xing
No comments: