Ads Top

(Video) Cara Ayam Ini Cuba Menyamar, Jalan Macam Itik Cuit Hati Netizen

Biarpun pelik, tiada yang mustahil dalam dunia ini. Baru-baru ini, tular video seekor ayam dilihat bersama sekumpulan itik seolah-olah sebahagian daripada kumpulan itik itu.

Dalam video dikongsikan oleh Singapore Incidents, ayam tersebut dilihat berjalan dalam keadaan tegak dan mengatur langkah sama seperti seekor itik. Walaubagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tersebut tidak dapat dipastikan.

Nak tahu macam mana rupa ayam berjalan macam itik? Jom tengok video di bawah.

Video tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai dari kalangan netizen yang terhibur dengan gelagat ayam itu.

Sarkastik

“Ayam tu bukan fikir ia itik! Ia kenal/identifikasi dirinya sebagai itik dan siapa anda nak gelakkan? Come on. Sekarang dah 2019.”

“Saya suka ayam ni. Ia menjadi itik yang baik.”

“Saya tak dapat percaya! Ayam tu betul-betul fikir ia seekor itik. Tidak masuk akal!”

Selain itu, ada juga yang tampil dengan andaian masing-masing.

Egg bound

“Ayam tu mengalami egg bound. Perlu diletakkan dalam air suam yang cetek untuk pulihkannya..”

Egg bound terjadi apabila telur di dalam abdomen seekor ayam betina tersangkut di tiub ovari sehingga menyebabkan kesakitan. Akibatnya, ayam tersebut berjalan seperti penguin, mengalami kemurungan, jangkitan bakteria dan boleh menyebabkan kematian.

Gangguan genetik

“Tak semestinya egg bound. Boleh jadi ianya masalah genetik juga. Saya ada ayam jantan seperti ini. Ia sangat baik dan gembira, makan dan minum macam ayam yang lain. Cuma tumbesarannya agak lambat.”

Sumber: Singapore Incidents




No comments:

Powered by Blogger.