Ads Top

Tular Rakaman Pergelutan 2 Lelaki Di Plaza Tol, Lelaki Ini Dakwa Polis Beri Amaran Henti Sebarkan Video

Malam tadi tular sebuah video yang di laman twitter yang memaparkan insiden kejar-mengejar di antara sebuah kenderaan jenis van Hiace dan Mazda CX5 yang didakwa berlaku plaza tol di Ibu Negara.

Suasana menjadi semakin tegang sebaik sahaja mereka tiba di tol. Pemandu Mazda CX5 turun dari keretanya dan bertindak menyerang individu di dalam van berkenaan.

Rakaman yang dipercayai dirakam oleh isteri pemandu van terbabit meyaksikan pergelutan di antara kedua-dua pemandu hingga mengakibatkan kecederaan.

Menurut penjelasan dari individu yang mendakwa sebagai isteri kepada pemandu van, kejadian ini terjadi apabila kereta Mazda CX5 terbabit menekan brek secara mengejut hingga menyebabkan anaknya terhantuk pada bucu tempat duduk.

Tambahnya lagi, insiden itu sudah dilaporkan pada pihak polis dan kertas siasatan telah pun ditutup. Ketika dihubungi Siakap Keli, dia menjelaskan bahawa mereka akan hadir ke mahkamah pada esok hari (Jumaat – 20/9/19) dan kes ini disiasat di bawah seksyen 160 (bergaduh ditempat awam) dan kesalahan trafik.

Justeru, mereka meminta orang ramai supaya tidak lagi menyebarkan video terbabit untuk mengelakkan sebarang spekulasi dari terus menular.

Pada kawan kawan yang ada share Video viral ( Tak tau macam mana boleh viral ) Tolong delete. Polis dah bagi warning pada saya video tu simpan elok-elok. Saya ada share pada ahli keluarga terdekat sahaja. Tapi entah sejak pagi tadi, boom 1 malaya tau. Takut jadi kes lain pulak boss boos ku mintak tolong ya

Sumber: Facebook & Twitter




No comments:

Powered by Blogger.