Ads Top

Tahu Tak, ‘Scammer’ Boleh Curi Duit Anda Tanpa OTP, Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya Diperdaya Ribuan Ringgit

Hari makin hari, cara penipu atas talian memperdaya mangsa semakin licik dengan menggodam maklumat mangsa.

Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati supaya maklumat peribadi tidak jatuh ke tangan orang yang salah termasuklah nama haiwan peliharaan atau nama ibu yang mungkin kita jadikan soalan rahsia perbankan.

Salah seorang mangsa penipuan atas talian, Jonathan Sidi berkongsi pengalamannya diperguna oleh individu yang didakwa mencuri beberapa ribu wang di dalam akaunnya. Mari baca perkongsian Jonathan di bawah sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimana scammer boleh mengeluarkan duit tanpa OTP?

Jonathan telah menerima beberapa panggilan daripada 017 *** 5084 namun tidak menjawab panggilan berkenaan. Menurutnya, individu tersebut dikatakan telah menghantar Whatsapp terkandung paparan skrin gambar SMS OTP yang telah dibuat.

Scammer meminta no OTP tersebut kerana kononnya isterinya tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan dia dan video yang menunjukan nombor akaun beliau untuk meyakinkan saya.

“Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke telefon saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan peranti. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan,” katanya.

 

Scammer terus menekan dengan menghantar beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp, namun Jonathan tetap tidak memberi OTP.

Wang dipindahkan ke Favourite List

Jonathan mendakwa telah menerima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List miliknya setelah satu jam berbalas Whatsapp dengan scammer berkenaan.

“Saya hubungi Customer Service hotline. Sah pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya.

“Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja.

“Tindakan Customer Service ialah blok kad dan perbankan atas talian termasuk mobile app. Suruh buat laporan polis,” kongsinya.

“Saya block no 017 *** 5084 dari WhatsApp selepas menghubungi Customer Service. Malang nya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.”

Berikutan itu, Jonathan telah ke Balai Polis Samarahan untuk membuat laporan sebelum diminta untuk merujuk kepada Balai Polis Sg Maong kerana penipuan tersebut termasuk dalam kategori jenayah komersial.

Gambar: Jonathan Sidi

Pihak polis telah mencadangkan mangsa agar menghubungi pihak penerima dalam Favourite List tersebut. Setelah membuat panggilan, dia mendapati mereka telah menerima panggilan Whatsapp dari seseorang yang menggunakan gambar profil Whatsapp milik Jonathan menggunakan nombor 017 *** 0079.

Pihak Favourite List saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.

Menurutnya, scammer tersebut telah menghantar bukti transaksi berjaya kepada penerima Favourite List sebelum meminta mereka memulangkan wang yang didakwa tersilap pindah berkenaan.

Scammer memberi nombor akaun yang lain kepada Favourite List dan mengugut untuk melaporkan polis sekiranya mereka enggan memindahkan wang tersebut ke akaun scammer. Disebabkan takut, Favourite List telah memindahkan duit ke akaun milik suspek.

Lima laporan direkodkan berkenaan kes yang serupa

“Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan menurut laporan polis setakat ini sehingga awal September 2019, lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017 *** 5084 dengan jumlah kerugian mencecah lebih RM63 ribu.

“Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut atau suruh Favourite List pindah ke akaun lain yang mana berkemungkinan dijadikan akaun keldai atau transit,” kata Jonathan.

Pengajaran

Berikutan itu, Jonathan meninggalkan beberapa pesanan yang boleh kita ambil sebagai langkah berjaga-jaga.

1. Jangan online atau engage dgn scammer.

Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh klon HP kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online dan engage dengan mereka.

2. Off WiFi dan mobile data jika pemanggil disyaki adalah scammer.

*Kami difahamkan mangsa langsung tidak menekan sebarang link atau pautan dari scammer, tetapi duit mangsa tetap hilang.

Dalam satu kes yang lain, seorang lelaki separuh abad nyaris menjadi mangsa apabila scammer menggunakan cara yang serupa memindahkan wang dari akaun simpanan ke akaun pinjaman kad kredit mangsa, didakwa bagi membuatkan mangsa cemas akibat penolakan duit serta memberi OTP kepada penjenayah berkenaan tanpa berfikir panjang.

Namun nasib menyebelahi mangsa apabila anaknya membongkarkan modus operandi yang digunakan scammer tersebut.

Sumber: Jonathan Sidi




No comments:

Powered by Blogger.