Ads Top

Masjid Hamamiye Camii di Turki, Buat Anda Yang Ingin Bersolat Dekat Dengan Alam

Mafhum: “Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa).” (Surah Al-Baqarah)

Terinspirasi dengan kalam Allah di atas, sebuah masjid di Turki dibina pada zaman Khalifah Uthmaniah dan kekal tersergam indah sehingga sekarang.

Ia dinamakan sebagai Masjid Hamamiye Camii di Turki yang telah dibangunkan pada tahun 1910 oleh Amir Al-Mu’minin Sultan Abdulhamid II Khan.

Ia terletak di Kota Kirsehir, Turki Tengah dan diberi nama sempena dengan Khalifah Islam pada waktu itu, iaitu Amir Al-Mu’minin sebelum rosak. Ia kemudian telah dibina dan diperbaharui semula oleh Hamidiye Camii pada tapak yang sama dan diberi nama dengan nama sekarang.

Antara arkitek yang turut menjadi tulang belakang pembinaan masjid ini ialah daripada Azerbaijan dengan menerapkan keindahan alam semula jadi seperti lukisan yang kelihatan asli dengan berwarna hijau dan juga karpet yang kelihatan seperti rumput.

Pada bahagian atas masjid itu juga dilukis dengan ilustrasi langit yang berwarna biru, begitu juga dengan dinding masjid tersebut.

Ia juga turut diberi nafas baru dengan alunan suara gemercik air dan juga udara dingin yang masuk terus ke dalam masjid tersebut.

Ia bukan sahaja mampu menarik minat ramai penduduk tempatan untuk menunaikan solat berjemaah di sana, namun juga kepada para pelancong yang datang ke kota Turki untuk menenangkan minda sambil menghayati peninggalan sejarah di sana.

Buat anda yang ingin merasai pengalaman menarik bersolat seolah-olah dekat dengan alam atau tidak ingin ketinggalan melawat masjid ini saat berada di Turki, anda boleh ke Kota Kirsehir secara terus untuk melihat masjid yang tersergam indah ini.




No comments:

Powered by Blogger.