Ads Top

Antara Sunnah Memakai Pakaian Yang Boleh Diamalkan

Salah satu rutin harian yang dilakukan oleh setiap orang di muka bumi ini ialah membuka dan menyarungkan pakaian. Jika dikira secara rambang, ia akan dilakukan sebanyak 3 kali sehari, iaitu pagi, tengah hari dan malam.

Perbuatan kaum wanita membuka dan memakai tudung untuk mengambil wuduk juga adalah dikira sebagai rutin begitu juga dengan membuka dan memakai kasut, ia dikira dalam urusan membuka dan menyarung pakaian.

Untuk entri kali ini, kita akan melihat bagaimana sunnah Baginda SAW dalam menyarungkan pakaian. Ia dikira sebagai sebuah ibadah jika dilaksanakan bertepatan dengan niat kerana Allah.

Begitu mudah untuk Allah memberikan pahala kepada hambaNya dan ia adalah terpulang kepada kita sama ada untuk merebutnya atau tidak.

Antara sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW ialah:

#1 – Memakai Pakaian Dari Sebelah Kanan

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

Maksud: “Rasulullah SAW menyukai mendahulukan yang kanan ketika menggunakan sandal, menyikat, bersuci dan dalam semua urusannya.” (Hadis Riwayat Bukhari no.168)

#2 – Berdoa Ketika Memakai Pakaian

بِسْمِ اللهِ اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَاهُوَ لَهُ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّمَا هُوَلَهُ

Maksud: “Ya Allah, hanya bagimu segala pujian. Engkaulah yang telah menghadiahkanku pakaian. Aku pohon kepadaMu untuk melihat kebaikan dan kebaikan dari tujuan dibuatnya pakaian ini. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan dan dari keburukan dibuat pakaian ini.”

#3 – Tanggalkan Dengan Tangan Kiri

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya, hendaklah memulakannya dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai semuanya (kedua-dua belah) atau menanggalkan semuanya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Pakaian itu, sama ada buruk atau baru – namun yang paling penting ialah ia perlu sentiasa bersih. Hal ini kerana, kebersihan merupakan aspek utama yang peru dijaga untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Wallahu a’lam.




No comments:

Powered by Blogger.