3 Sebab Kenapa Orang Sabah Beruntung Sangat Kalau Pergi Ke Karnival Paling Gempak Ni
Tak tahu nak buat apa hujung minggu ni? Mesti ada yang tercari-cari destinasi atau aktiviti best yang boleh dibuat bersama keluarga ataupun rakan-rakan, betul tak?
Dah bosan dengan pusat membeli-belah, apa kata hujung minggu ni korang cuba pergi tempat ni.
Set kalendar dan share informasi ni dekat semua group WhatsApp korang. Karnival Usahawan Desa datang lagi, kali ni di Sabah bah.
Karnival Usahawan Desa akan berlangsung pada:
Lokasi: Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 22 hingga 25 Ogos 2019
Nak tahu apa yang paling best? Korang boleh masuk PERCUMA je sambil cuci-cuci mata dengan ratusan booth yang terlibat.
Korang mesti dah teruja nak pergi kan? Tapi, ada apa dekat KARNIVAL USAWAHAN DESA (KUD@KPLB) ZON SABAH ni?
Lebih 30 aktiviti dan program menarik
Pelbagai aktiviti untuk setiap lapisan umur disediakan sepanjang karnival berlangsung.
Kalau korang nak tahu, ini merupakan siri ketiga dan terakhir KUD@KPLB mengikut zon pada tahun ini sebelum pelaksanaan kemuncak KUD@KPLB Putrajaya 2019 pada bulan Oktober nanti.
350 booth ambil bahagian
Paling tak sabar nak pergi sebab ada 350 buah booth terlibat yang terdiri daripada booth jualan dan pameran produk usahawan desa, booth tarikan Sabah, booth pelancongan Sabah, food truck, pemeriksaan kesihatan, laman ternak dan laman tani.
Selain itu, anak-anak korang juga boleh masuk pertandingan menarik yang terdiri daripada mainan tradisi dan bawa pulang hadiah yang best.
Pertandingan Beyblade pun ada. Siaplah korang kena standby beyblade paling power.
Orang Sabah katanya memiliki suara lunak dan sedap. Jangan lepaskan peluang sertai pertandingan karaoke KUD@KPLB Idol pada hari Karnival tu nanti. Details ada pada gambar dibawah.
Bagi yang aktif bersukan, bolehlah join aktiviti ni dan tunjuk sikit skill korang tu. Ada street soccer atau yang minat e-sport pun ada.
Dihiburkan artis terkenal
Yang paling ditunggu-tunggu mini konsert KUD@KPLB yang membawa penyanyi popular seperti Dato’ M. Nasir, Andee Bernadee, Hafiz Suip, Elica Paujin, Velvet Aduk, Wany Hasrita, Estranged dan Atu Zero.
Rugilah korang kalau tak berkunjung ke Karnival Usahawan Desa Sabah minggu ni sebab korang akan terlepas peluang nak saksikan kehebatan para selebriti beraksi secara live. Ingat senang ke nak dapat peluang percuma macam ni?
Kitaorang belum habis list semua aktiviti lagi sebab terlalu banyak dan menyeronokkan. Jom, ajak adik, kakak, saudara-mara dan jiran-jiran meriahkan karnival ni.
Hashtag #KUDSejahtera
Kalau korang post gambar ke video sepanjang kunjungan ke karnival tu, jangan lupa hashtag #KUDSejahtera di Instagram dan #KUDMerdeka sempena sambutan perayaan hari kemerdekaan yang tak lama lagi. Ini pun boleh menang hadiah handphone Samsung kalau terpilih.
Pertandingan kucing comel pun ada
Peminat tegar solekan dan kecantikan, ini untuk korang. Inilah masanya korang nak tunjuk kehebatan melalui pertandingan solekan di Karnival Usahawan Desa yang akan diadakan pada hari kedua, 23 Ogos 2019.
Jangan sia-siakan bakat korang macam tu je. Grab peluang ni, manatahu dapat hadiah yang lumayan.
Memang tak rugi
Tak rugi setitik peluh pun kalau korang habiskan hujung minggu korang ke Karnival Usahawan Desa KUD@KPLB Zon Sabah ni.
Jumpa semua orang Sabah di sana. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan laman rasmi Karnival Usahawan Desa Sabah 2019.
#kudsejahtera
No comments: