Ads Top

Gelombang Panas di Eropah Capai Angka Tertinggi Dalam Sejarah

Di Eropah terdapat beberapa buah negara masih direkodkan dengan tahap gelombang kepanasan yang tinggi.

Suhu di barat daya Perancis, mencapai tahap tertinggi dalam sejarah, iaitu 41.2 darjah celcius. Angka suhu ini telah mengalahkan rekod kepanasan sebelum ini, iaitu 40.7 darjah celcius pada tahun 2003.

Suhu panas itu turut dirasakan di barat Jerman, ketika suhu hampir mencapai 41 darjah celcius.

Air pancut dan taman menjadi sasaran penduduk Berlin untuk berehat kerana terasa lebih nyaman dengan tempias percikan air.

Sementara itu, Rom pula mencapai 37 darjah celcius dan para penduduknya menikmati ais krim sebagai penyejuk badan.

Seorang pelancong asal Amerika berkongsi inisiatif untuk terus hidup sihat dalam keadaan suhu yang terlalu panas ini dengan berkata, “Minum air, sentiasa dalam rumah, dapatkan tempat berteduh dan yang penting jangan sampai terhidrasi.  Jika anda mempunyai kolam itu lebih baik.”

Sumber: CNN Indonesia




No comments:

Powered by Blogger.