(Video) Tular Video Aksi Berbahaya Pemandu Lawan Arus Dirakam Pengguna Jalan Raya
Aksi pemanduan berbahaya seorang pemandu sebuah kereta Proton Saga telah dirakam dan menjadi tular di Facebook baru-baru ini.
Menurut laman FB Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian ini dipercayai berlaku di Rawang Bypass.
Dalam video berdurasi 47 saat itu, Proton Saga itu telah memandu melawan arus di jalan berkenaan sebelum dilihat membuat pusingan U di akhir video.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai waktu sebenar kejadian tetapi setakat 12 tengahari hari ini, video tersebut telah menerima lebih 75000 tontonan.
Kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku. Sebelum ini, beberapa kes sama pernah berlaku dan ada di antaranya yang mengakibatkan kemalangan.
Diharapkan agar kita semua sedar akan bahaya perbuatan ini bukan sahaja kepada diri kita, tetapi juga mampu mengancam nyawa pemandu lain.
Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS
No comments: