Ads Top

Ayda Jebat Enggan Ulas Dakwaan Putus Cinta Dengan Redza Rosli

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Redza Rosli sudah berakhir.

“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan bekerja dalam cara yang baik dan rasanya begitu juga dengan dirinya.

“Bagi saya Tuhan dah tunjukkan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.

“Malah sebelum ini pun, kami memang profesional cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama,” kata Ayda kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, semalam.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat ini, dia tidak mahu memberi komen panjang berhubung isu tersebut kerana perlu menjaga hati banyak pihak.

“Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga.

“Pada masa sama, kami juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan. Rasanya itu adalah yang terbaik,” ulas Ayda.

Ayda juga melahirkan perasaan terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain iaitu Oktovia Manrose.

“Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya. Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain,” katanya lagi.

Ayda, 27, dan Redza, 27, sebelum ini hangat dikatakan bercinta selepas digandingkan menerusi drama Ku Kirim Cinta yang ditayangkan dua tahun lalu.

Namun, hubungan rapat mereka dikatakan berantakan selepas Ayda dipercayai telah memadam kesemua gambar aktor itu yang pernah dimuat naik menerusi laman Instagramnya sebelum ini selain tidak lagi mengikuti Instagram Redza. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.